Sunday, 11 March 2012

BM PEMAHAMAN TAHUN 3

Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3

Sekolahku Indah

Teks Dan Lembaran Kerja

Martabatkan bahasa melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua. Kali ini saya akan berbicara mengenai bahasa melayu bahasa kita. Jadi, penulisan pada kali ini akan sedikit formal. Maafkan saya jika ada tersalah tatabahasa ataupun penggunaan bahasa.


Hati saya tergerak untuk menulis tentang ini apabila melihat berita utama di TV3, kisah seorang veteran cina yang mempelajari bahasa melayu dan mengatakan kepentingan bahasa melayu yang simbolik dengan negara kita, Malaysia. Pernahkah kita terfikir akan hal ini? Persoalan ini saya ingin anda sendiri yang jawab.


Sebenarnya saya sungguh kagum dengan dia, bukan dia saja tetapi bangsa atau kaum lain yang mempelajari bahasa melayu. Contoh yang pernah saya tahu adalah pelajar dari Rusia, mereka sanggup belajar bahasa melayu tapi orang kita? Bukan nak mengata tapi kenyataan, yang tidak habis dengan bahasa rojak dan SMS yang menyukarkan orang untuk memahami apa yang dia sampaikan. Contohnya berlambak lagi-lagi bagi budak sekolah dan tidak lupa ada juga sesetengah dewasa yang masih terikut dengan budaya ini. Bukan niat saya nak mengata, maafkan saya jika ada yang termakan hati.


Dalam surat khabar pun ada mengatakan bahasa melayu hebat, bukan riak atau ingin menunjuk tapi kenyataan. Kalau kita belajar sejarah di sekolah menengah dulu ada mengatakan bahasa melayu telah menjadi lingua franca ataupu bahasa perantaraan antara pedagang-pedagang dengan penduduk setempat pada suatu ketika dahulu. Boleh rujuk di sini, sini dan sini untuk maklumat lebih lanjut.


Dan suka saya nyatakan di sini, bahasa melayu bukan hak milik negara Malaysia malah turut menjadi bahasa bagi negara Singapura, Brunei dan Indonesia. Tetapi telah berubah mengikut dialek negara masing-masing. Oleh itu, kita semua adalah serumpun tetapi berlainan negara, sama-samalah kita belajar dan teruskan mengekalkan bahasa ibunda kita ini.


pesanan : Beribu kemaafan sekiranya artikel ini ada menyakiti hati mana-mana pihak. Pihak kami tidak berniat untuk menyakiti sesiapa tetapi cuma ingin meluahkan rasa yang terpendam di dalam hati dan maafkan kami sekali lagi sekiranya ada salah dan silap.

Bincangkan cara- cara menunjukkan bahasa melayu boleh terus berkembang sebagai bahasa antarabangsa dengan mengambil kira aspirasi lingua franca

Bahasa Melayu telah berkembang maju sebagai lingua franca pada suatu ketika dahulu. Bincangkan cara-cara yang menunjukkan bahasa Melayu boleh terus berkembang sebagai bahasa antarabangsa dengan mengambil kira aspirasi lingua franca


sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan) bagi


Assalamualaikum
Saya ingin menjelaskan difinisi atau maksud lingua franca ialah bahasa penghantar atau bahasa perbualan atau perhubungan bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India. Bagi memudahkan komunikasi atau perhubungan secara lisan dan tulisan sebelum zaman kerajaan melayu Melaka , semasa kerajaan Melayu Melaka dan selepas kerajaan Melayu Melaka antara sesame etenik melayu yang berbeza bahasa dan lain-lain bangsa yang tinggal dan mendatang dalam urusan kehidupan, perniagaan dan sosial .


Sejarah bahasa melayu,,(bahasa ibunda)

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.








Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.


Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.


Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.


Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.


Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.


Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.