Sunday 11 March 2012

Martabatkan bahasa melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua. Kali ini saya akan berbicara mengenai bahasa melayu bahasa kita. Jadi, penulisan pada kali ini akan sedikit formal. Maafkan saya jika ada tersalah tatabahasa ataupun penggunaan bahasa.


Hati saya tergerak untuk menulis tentang ini apabila melihat berita utama di TV3, kisah seorang veteran cina yang mempelajari bahasa melayu dan mengatakan kepentingan bahasa melayu yang simbolik dengan negara kita, Malaysia. Pernahkah kita terfikir akan hal ini? Persoalan ini saya ingin anda sendiri yang jawab.


Sebenarnya saya sungguh kagum dengan dia, bukan dia saja tetapi bangsa atau kaum lain yang mempelajari bahasa melayu. Contoh yang pernah saya tahu adalah pelajar dari Rusia, mereka sanggup belajar bahasa melayu tapi orang kita? Bukan nak mengata tapi kenyataan, yang tidak habis dengan bahasa rojak dan SMS yang menyukarkan orang untuk memahami apa yang dia sampaikan. Contohnya berlambak lagi-lagi bagi budak sekolah dan tidak lupa ada juga sesetengah dewasa yang masih terikut dengan budaya ini. Bukan niat saya nak mengata, maafkan saya jika ada yang termakan hati.


Dalam surat khabar pun ada mengatakan bahasa melayu hebat, bukan riak atau ingin menunjuk tapi kenyataan. Kalau kita belajar sejarah di sekolah menengah dulu ada mengatakan bahasa melayu telah menjadi lingua franca ataupu bahasa perantaraan antara pedagang-pedagang dengan penduduk setempat pada suatu ketika dahulu. Boleh rujuk di sini, sini dan sini untuk maklumat lebih lanjut.


Dan suka saya nyatakan di sini, bahasa melayu bukan hak milik negara Malaysia malah turut menjadi bahasa bagi negara Singapura, Brunei dan Indonesia. Tetapi telah berubah mengikut dialek negara masing-masing. Oleh itu, kita semua adalah serumpun tetapi berlainan negara, sama-samalah kita belajar dan teruskan mengekalkan bahasa ibunda kita ini.


pesanan : Beribu kemaafan sekiranya artikel ini ada menyakiti hati mana-mana pihak. Pihak kami tidak berniat untuk menyakiti sesiapa tetapi cuma ingin meluahkan rasa yang terpendam di dalam hati dan maafkan kami sekali lagi sekiranya ada salah dan silap.

2 comments: